Syabas! kepada Kelab
Adik Manja Labuan fm dalam usaha mendidik dan melahirkan generasi muda ke arah kehidupan
yang lebih sihat. Ini kerana "Program Senamria Adik Manja" telah dijadikan aktiviti
bulanan kelab tersebut.
Program ini turut diisi dengan aktiviti mewarna kanak-kanak bagi tahap 1 dan 2.
Bersempena dengan program tersebut turut di adakan sesi karaoke dan membuka kaunter
bagi pendaftaran keahlian baru serta memperbaharui keahlian.
Kelab Adik Manja membuka ruang dan peluang kepada kanak-kanak yang berumur 12 Tahun
ke bawah menyertai aktiviti seperti tarian, nyanyian, berlakon serta mengadakan
pertunjukan pentas
 
|