Menu Utama

KEJOHANAN BOLING LABUAN FM 2007 

OLEH : DONNY IJOM

Tahniah!!

Kepada pasangan suami isteri, Abdul Salleh Ahmad dan Sugiwati Yusof yang muncul Johan Pertandingan Boling Tertutup Labuan FM yang berlangsung di Pusat Boling, Ujana Kewangan Labuan pada 10 Mac 2007.

Mereka berjaya membuat jatuhan pin sebanyak 813 pin menewaskan 15 pasukan lain yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Naib johan disandang oleh pasangan Donny Ijom dan Nancy Dntel yang membuat 729 jatuhan pin. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh oleh pasangan Omar Ali Dullah dan Rafeah Haji Ibrahim yang membuat 702 jatuhan pin. Pertandingan Boling Tertutup Labuan FM disertai pasukan dari Labuan FM, Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ). Pertandingan tersebut antara lain bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim antara peserta disamping menerapkan gaya hidup secara sihat melalui aktiviti sukan.

Hadir sama menyaksikan pertandingan itu ialah Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Puan Munah Madar dan Pengarah Jasa Labuan, Puan Rahimah Haji Lamat.


















Menu Utama

Aktiviti @ Labuan fm