Klinik
Kayak Labuan fm telah diadakan pada 3 Mac 2007 lalu.
Program dia anjurkan dengan
kerjasama Persatuan Pengembara Labuan. Menerusi klinik ini, para peserta didedahkan
dengan pengenalan sukan kayak dan jenis-jenis kayak.
Kemudian para peserta menjalani latihan kawalan dan keseimbangan serta cara-cara
mengawal kayak. Akhir sesi, para peserta dibawa mengelilingi Pulau Papan dalam XPDC
Mini Kayak dengan diiringi 12 orang ahli Persatuan Pengembara Labuan.
Seramai 40 orang peserta terdiri daripada kakitangan Labuan fm menyertai klinik
tersebut termasuk Pengarah Penyiaran Labuan, Puan Munah Madar. Majlis perasmian
dan pelancaran klinik disempurnakan oleh Pengerusi Penasihat Perbadanan Labuan,
Tuan Haji Yunus Haji Kurus
 
|