|
|
|
Sejarah LABUAN fm |
|
|
UCAPAN PENGARAH PENYIARAN
Assalamualaikum
WBT.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana Radio
Malaysia Labuan kini dikenali sebagai LABUAN FM mengorak selangkah lagi ke arah
globalisasi. Dengan wujudnya laman web ini membolehkan aktiviti atau siaran labuan
fm dapat dilayari di mana-mana sahaja.
Sejak penubuhannya hingga kini radio Labuan FM terus
berkembang pesat dalam semua bahagian baik daripada segi siarannya mahupun pentadbiran.
Pihak saya mengalu-alukan kepada mana-mana pihak yang ingin menawarkan perkhidmatan,
boleh disiarkan dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Oleh itu saya berharap agar orang ramai terus mengikuti
dan setia dengan siaran Labuan FM untuk mendapat maklumat di samping progran-program
yang menghiburkan. Jutaan terima kasih dari kami warga Labuan Fm kepada pendengar-pendengar
setia atas sokongan anda terhadap kami di sini. Kami sentiasa akan memenuhi citarasa
anda semua
Setiap sokongan anda amat kami hargai.
Sekian
Puan Munah Madar
Pengarah Penyiaran LABUAN fm
munahmadar@rtm.net.my
|

|
VISI
Untuk menjadikan RTM badan penyiaran unggul
negara yang terbaik di rantau Asia-Pasifik
MISI
- Mendukung wawasan
negara
- Menyediakan rancangan
untuk memenuhi citarasa audien
- Menentukan perkhidmatan
penyiaran bermutu tinggi
- Menjadikan RTM
berdaya maju dan menguntungkan
- Bergiat cergas
dalam penyiaran antarabangsa
- Menjaga kepentingan
anggota petugas
PIAGAM PELANGGAN RADIO MALAYSIA LABUAN
Matlamat kami melaksanakan tanggungjawab Jabatan Penyiaran Malaysia wilayah Persekutuan
Labuan ini adalah berasaskan kepada matlamat penubuhan stesen radio yang berikut:
Membantu mempercepatkan proses penerapan nilai cintakan negara
Beroperasi sebagai 'Community Radio' yang menyebarkan maklumat dan penerangan, penggalak,
memberi pendidikan dan penghibur kepada penduduk tempatan
Membantu mempercepatkan proses integrasi nasional dan kebudayaan nasional
Komitmen Kami:
- Mengendalikan siaran selama 18 jam sehari dengan pembahagian masa
16 jam siaran dalam Bahasa Malaysia dan 2 jam Bahasa Inggeris
- Berusaha menerbitkan rancangan yang menjurus ke arah matlamat mewujudkan
masyarakat bermaklumat
- Menyediakan ruang secukupnya untuk membolehkan masyarakat pendengar
melibatkan diri dengan program-program yang dirancang
- Memperbanyak dan memperluaskan skop liputan setempat dalam bentuk
berita dan siaran luar
- Bersedia menerima pandangan dan teguran daripada masyarakat pendengar
demi meningkatkan kualiti siaran
|
SEJARAH PENUBUHAN
-
Radio Malaysia Labuan ditubuhkan selepas 2 tahun 4 bulan Labuan diisytiharkan sebagai
Wilayah Persekutuan dengan perjanjian mengenainya ditandatangani pada 16 April 1984.
-
Ditubuhkan pada detik bersejarah sambutan Hari Kebangsaan ke-29 iaitu pada 31 Ogos
1986.
-
Tapak stesen - kawasan seluas 3.19 hektar di
Tanjung
Taras - 3 km dari pusat bandar.
-
Memulakan operasi menerusi gelombang FM Stereo
102.9 MHZ menggunakan kontena yang
diubahsuai menjadi bilik hubungan (konti).
-
Kendalian studio secara 'One Man Operational Conty'.
-
Memulakan siarannya selama 5 jam sehari, bermula jam 6 pagi, kemudiannya ditambah
kepada 10 jam sehari pada 1.1.1992 dan berperingkat tambahan siarannya
sehingga sehingga kepada 11 jam 15 minit sehari.
-
Pada 1.7.1996 Radio Malaysia Labuan berpindah ke bangunan barunya dan operasinya
ditambah kepada 13 jam 15 minit sehari dan pada 1.6.2005 siaran RTM Labuan telah
ditambah lagi kepada 18 jam sehari yang bermula jam 05:45 pagi hingga 12 tengah
malam (00:00) . Pada 21.7.1994 frequensi telah ditukar kepada 103.7 Mhz dan saluran
tambahan 89.4 Mhz apabila tertubuhnya Stesen Pemancar TV/FM di Bukit Timbalai pada
tahun 2000.
-
Memulakan operasi dengan 10 orang kakitangan, seorang ketua stesen, 4 kakitangan
Bahagian Rancangan, 4 petugas Bahagian Kejuruteraan dan seorang petugas Bahagian
Berita Ehwal Semasa.
|
|
PERKEMBANGAN HINGGA
KINI
- Radio Malaysia
Labuan beroperasi di bangunan
baru sejak 1 Januari 1996.
-
Bangunan
yang bernilai 1.3 juta ringgit ini dibina pada 24 Julai 1994 dan siap sepenuhnya
lewat tahun 1995.
- Bangunan
ini menempatkan bilik penyenggaraan, pusat kawalan dan siaran luar, 2 buah 'One
Man Conty', sebuah Studio Rakaman dengan Bilik Kawalan dan 2 buah Bilik Suntingan.
Semuanya dilengkapkan dengan
peralatan yang bernilai 1.5 juta. Kemudahan Bilik Hubungan,
Suntingan dan Studio turut dilengkapi dengan Sistem Digital Berkomputer. Radio Malaysia
Labuan sekaligus mencatat sejarah sebagai sebuah stesen radio di Malaysia diantara
yang terawal menggunakan Teknologi Digital Berkomputer.
-
Pada 16 Jun 2005 Radio Malaysia Labuan dikenali
sebagai LABUAN FM sempena penjenamaan semula yang di rasmikan oleh ahli parlimen
Wilayah Persekutuan Labuan Yb Dato Hj Suhaili B. Abd Rahman
-
Kini Labuan FM memulakan operasinya selama
18 jam yang bermula dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tgh malam dan mempunyai kakitangan
tetap seramai 32 orang dan kakitangan kontrak seramai 15 orang.
|
KEMUDAHAN
- Labuan
FM mempunyai alat kelengkapan penyiaran dan penerbitan yang terkini yang setaraf
dengan lain-lain stesen di Malaysia
- Terdapat
2 buah konti, sebuah studio rakaman, 2 buah bilik suntingan audio, sebuah bilik
MCR, sebuah bilik pemancar serta sebuah bilik suntingan video dengan dibekalkan
2 unit kamera video, sebuah peralatan mini link untuk tujuan penghantaran berita
ke Angkasapuri.
- Bagi
konti-konti, studio rakaman, bilik-bilik suntingan audio dan video dibekalkan dengan
peralatan penyiaran dan penerbitan campuran digital dan analog.
- Pada
tahun 2000, pihak jabatan telah mengambil inisiatif bagi meningkatkan lagi keluasan
sasaran siaran, Jabatan telah mendirikan sebuah stesen Pemancar TV/FM di Bukit Timbalai.
Di stesen ini telah dibekalkan peralatan pemancar (analog) 2+2 Pemancar TV dan 6+1
Pemancar FM
|
|
|
|