Ahli
Kelab Sukan dan Kebajikan Labuan FM telah mengadakan lawatan ke rumah wargatua Sri
Pritchard Kinarut sebagai salah satu aktiviti kelab pada 5 Mei 2007.
Mereka disambut oleh Foo Set Phin yang merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap
pusat tersebut. Menurut Presiden kelab, En. Markus Jikunan, selain daripada memupuk
kesedaran terhadap warga tua, lawatan
tersebut juga diadakan bersempena dengan sambutan
ulangtahun RTM ke-61 tahun yang diadakan di Kota Kinabalu.
Ini Merupakan sebahagian daripada aktiviti kelab pada tahun ini. Sebanyak 94 warga
tua terdiri daripada kaum Cina, India, Melayu dan Kadazandusun menerima cenderamata
daripada Kelab Labuan FM. Ahli yang terlibat menyatakan rasa gembira kerana dapat
meluangkan masa bersama dengan penghuni rumah warga tua tersebut.
 
|